Saturday, June 16, 2012

SAHABAT!!!

Mencari seorang sahabat ibarat mencari sebutir mutiara di dalam lautan yang dalam, sesungguhnya sifat manusia itu memang tidak sempurna . Manusia akan membuat kesilapan sepanjang hidupnya berada di alam ciptaan Tuhan, namun malangnya sesetengah manusia itu hanya pandang sebelah mata , seperti dirinya tidak melakukan kesalahan dalam hidupnya....sedih bila berdepan mansia seperti ini...cetek sangat kah pemikiran manusia tersebut.....apa yang dikesali ialah apabila kita salah memilih insan yang bernama "SAHABAT"...sahabat bagikan orang kedua terpenting dalam kehidupan kita seharian, namun bila berdepan dengan sikap sahabat yang bagikan duri dalam daging..amat sakit untuk menerimanya....mungkin persahabatan kita ini masih setahun jagung...belum mengenal antara satu dengan lebih rapat lagi...terasa berat beban untuk saya tanggung untuk mencari seorang sahabat..dulu waktu saya sekolah menangah guru saya pernah cakap...bila kita melangkah ke U, kita akan berjumpa dengan berjenis2 kawan....jadi berhati2 lah bila pilih kawan...saya sedar juga diri saya nie bukan lah baik,tidak sempurna ..tapi bila seseorang itu anggap diri saya sahabat saya akan anggap dia sahabat buat selamanya...saya akan berusaha untuk menjadi seorang sahabat yang baik dan seadanya diri saya....bila kita renungi hidup nie,tidak lah seindah yang kita sangka...hidup kita lebih diuji dengan penuh kesabaran dan ketabahan..sejauh mana kita mampu tempuhi untuk menghadapi kehidupan ini...bila kita mendapat sahabat yang baik, dia mampu menitiskan air mata walaupun kita sakit biasa....bila kita mendapat sahabat yang baik hidup kita seperti berada di alam cipataan Tuhan yang sebenar..andai kita mendapat sahabat seperti Yesus, betapa indahnya dunia nie...sahabat yang membimbing,yang menghargai,saling menyayangi,saling menghormati,,sesungguhnya kita tidak sempurna tapi kita masih boleh memperbaiki kesilapan kita...selama kita hidup kita akan belajar dari kesilapan masa lalu dan tidak akan berulang lagi...pengalaman lebih mematangkan diri kita....andai kata sahabat itu memang sukar dicari, apalah yang perlu kita lakukan??

Saturday, July 16, 2011

Keluarga itu indah

Hari ini tidak akan sama pada hari-hari seterusnya....semua yang berlaku diluar jangkaan manusia, kita hanya menerima dan menjalaninya tiap-tiap hari, walaupun kadang kala sukar untuk menghadapinya.....adakah kebahagian setiap manusia itu akan berakhir dengan kebahagian atau sebaliknya......???dari renungan saya kesedihan manusia lebih banyak daripada kebahagian??yakah??fikir-fikir kan lah......pendapat manusia tidak sama.......mungkin setiap manusia selalu berdoa agar dapat menghadapi hari-hari seterusnya dengan ketabahan.
 Kadang kala manusia sukar untuk menerima kebenaran hidup....??kata perpatah hidup tidak selalu indah??namun dimanakah letaknya keindahan hidup setiap manusia???bagi saya kebahagian setiap manusia ialah keluarga...kebahagian setiap keluarga adalah "INDAH"....dimana bermulanya kehidupan kalau bukan dari sebuah keluarga yang kecil,sederhana dan besar.......jadi ingat-ingat lah dari mana kita bermula......dan rancang-rancang lah di mana pengakhiran.......namun dugaan setiap keluarga amat besar dan memberi kesan yang amat dalam......
Masa sekolah dulu..selalu saja ada karangan bertajuk...keruntuhan akhlak remaja berpunca dari keluarga yang pincang,porak- poranda, dan tidak bahagia.......??tidakkah bermakna sebuah keluarga itu amat penting...... arghhh.....macam buat karangan pulak......cintailah keluarga ...anda...hargailah setiap pengorbanan yang ibu bapa kita lakukan...setitik peluh ibu bapa adalah usaha mereka unutk memberi kebahagian kepada anak-anak , namun setiap perkara yang berlaku itu ada hikmatnya..walaupun adik beradik bergaduh itu suatu kebiasan dalam setipa keluarga ^^ air dicincang tidak akan putus........DADY,MAMY,ABANG,KAKAK ,ADIK.....1 keluarga,1 kebahagian,1 kejayaan.....
"Memulai belajar sejak kecil seperti memahat di atas batu dan memulainya sesudah tua seperti menulis di air"

Tuesday, May 10, 2011

Kesabaran ku menemani perjalanan hidupku....!!!!

Hahhh!!!!sekali lagi dan sekali lagi dan sekali lagi...kesabaran sya telah diuji....sya tidak dapat panggilan kemasukan upu....sedih n kecewa yang amat sangat...tidak terkata...sya hanya mampu bersabar dan menanggap nie ujian dan dugaan dari Tuhan saya kuatkan semangat dalam diri saya....namun kadang-kala tidak dinafikan saya memang mengeluh dengan apa yang berlaku dalam diri saya....semua yang berlaku membuatkan saya putus asa untuk menghadapi semua ini...namun saya tetap teruskan bersabar dan kuatkan semangat...tapi sampai bila????setiap yang berlaku memang tiada satu manusia pun yang tahu apa yang akan jadi dalam kehidupan kita seharian....bilakah saya akan berjaya?rakan-rakan saya yang lain semua akan melangkah masuk ke unversiti dan matrix....dan saya pulak hanya mendapat panggilan tingkatan 6...namun saya tetap bersyukur mendapat tawaran form6..daripada tiada kn hurmmmm......semakin lama...saya belajar erti hidup ini yang sukar untuk ditempuhi...bagimanakah orang yang berjaya mampu mengatasi segala kegagaglan dalam hidup mereka???hurmm..mungkin mereka juga sentiasa bersabar ,berusaha ,kuatkan semangat dan sentiasa berdoa..agar rezeki mereka suatu hari nanti akan tercapai juga....saya ingin mencontohi mereka yang sering berusaha tapi sentiasa gagal....semoga saya seperti mereka amen...saya berharap saya dapat mencapai cita-cita saya walaupun mengambil masa yang lama dan panjang..kerana saya tahu Tuhan pasti ada rencana yang terbaik dalam hidup saya....semoga saya hadapi hari-hari saya dengan ketabahan dan kesabaran....namun saya tidak henti-henti mengeluh dengan nasib saya sekarang...huh....susah mw cakap....KESABARAN KU MENEMANI PERJALANAN HIDUPKU!!!

Wednesday, April 27, 2011

DUGAAN YANG SEMAKIN MENGUJI!!!!

Hari ini 28.4.2011...khamis...setelah cek permohonan matrix...sekali lagi telah menguji kesabaran saya..namun saya terima dengan adanya...saya percaya dan kuatkan semangat saya untuk meneruskan pelajaran saya walau apa pun terjadi...2 pintu sudah tertutup...namun saya masih menanti pintu yang lain terbuka untuk saya...saya berharap saya akan dipanggil temuduga guru sekali lagi....namun saya akan terima sahaja keputusan yang bakal dikeluarkan....saya berharap agar saya layak memasuki tingkatan6...dan berjaya mendapat panggilan dari universiti amen....apalah nasib dan takdir yang telah ditentukan oleh Tuhan?...saya terima sahaja apa saja yakdir yang telah ditentukan oleh Tuhan..namun saya berharap agar Tuhan memberi saya kekuatan untuk meghadapi segala dugaan dan cabaran dalam mencapai kejayaan...saya tahu sekarang saya diuji sejauh mana kekuatan saya unutk mencapai kejayaan yang selama saya inginkan...namun yang saya pasti bukan mudah untuk mencapainya tanpa usaha dan kecekalan..tiada ada orang yang berjaya dalam sekelip tanpa cabaran yang diuji oleh setiap insan..saya tahu pasti Tuhan ada rencana yang terbaik untuk saya....nasib setiap manusia tidak sama...kata orang..'tua ayam ble dinampak,tuah manusia tiada yang tahu'...hurmm...sekarang saya hanya mengharapkan panggilab UPU dan form6...inilah harapan saya satu2nya unutk menerusakan pelajaran saya....hurmm..ethlh sampai bila...

Tuesday, April 12, 2011

Tetap Berusaha!!!!!

Huh!!!!hari yang menyedihkan buat saya.....=(....semalam saya cek lah semakan temuduga KPLSPM....tgk2 tidak dapat...huh!!sedih n kecewa jiwa saya....kesedian yang tidak tertahan membuatkan saya menangis..sebab saya ini sangat berminat untuk menjadi seorang guru....nampaknya tiada nasib huhu...kawan rapat saya bertuah sebab dapat temuduga...hurmm..tdk pa lh....mmg mungkin da hikmah semua nie kan?amen....pa2 pun sekarang saya hanya menunggu panggilan dari UPU...untuk melanjutkan study..tapi sementara itu saya akan menyambung form6....masuk form6 pun ble jadi cikgu bah...saya tidak akan berputus asa dan terus berusaha unutk mencapai cita-cita saya untuk menjadi seorang guru....amen....saya telah menyerahkan jiwa dan raga saya terhadap bidang perguruan nie....saya betul2 ingin mencapai cita-cita saya...tidak pa pun yang akan jadi.....tidak bermakna saya tidak dapat temuduga, saya tidak boleh jadi cikgu....kan? mana tahu..saya akan jadi cikgu juga suatu hari nanti kan...cuma masa saja yang menentukan semuanya...saya hanya mampu merancang dan Tuhan yang menentukan segalanya...saya harap dan sentiasa berdoa Tuhan akan memberi takdir yang terbaik unutk hidup saya....hurmm..harap dikuatkan semangat untuk menghadapi hari-hari yang akan datang....hidup bukanlah sesuatu yang muda....sekarang sudah bulan4...dan bulan depan adalah semakan pemohonan bagi UPU...harap2 saya dapat amen....saya tidak akan biarkan saya ketinggalan dalam menejar kejayaan....selain UPU saya mengharapkan saya dapat peluang dalam SPA8...hurmm...bila lh tuah nak datang nie???.....memang menuji kesabaran betul lh....aduiiiii.....tapi sampai bila......sampai bilaa...arghhhhh...!!HIDUP2.....semakin lama meningkat dewasa nie semakin banyak cabaran pula...pa lagi...cabaran dalam menejar kejayaan nie...memang bukan mudah untuk berjaya.....tapi ramai juga kawan-kawan yang lain tdk dpt...xpa hrp2 dpt pggilan kedua..amen....smpi sni ja lh mls pulak mw bercrita....

Monday, April 11, 2011

'Kau yang Bernama Sahabat'


SAHABAT, KAWAN, TEMAN

S-Seseorang yang selau
A- ada untuk anda
H- hingga
A-anda
B-berasa
A-amat ber-
T-tuah


K-Kerna
A-adanya seseorang yang sudi bersama anda
W- walaupun
A-adanya seribu masalah yang anda hadapi dan dia akan selalu memberi
N-nasihat

T-tanpa
E-enggan meninggalkan anda
M-maka sayangi mereka yang bernama 'SAHABAT'
A-atas
N- nama sebuah persahabatan...<3
Hurmmm...kalau direnung-renungkan apakah yang kamu faham tentang sahabat, teman, rakan, kawan...jika difikir-fikirkan 4 perkataan itu mempunyai maksud yang sama....iaitu seseorang yang sentiasa bersama kita tidak kira waktu susah mahupun senang..semua kenangan pahit dan manis sama-sama dirasa itulah erti persahabatan yang sebenar...dan sahabat juga merupakan insan yang mulia dimana tempat sahabatnya meluahkan perasaan yang terpendam dan sama-sama menyelesaikannya walaupun masalah tersebut bukan masalah kita..tapi sekiranya kita mempunyai semangat persahabatan , kita tidak akan sanggup membiarkan sahabat kita dilanda masalah dan kesedihan...sebab walaupun sahabat kita tidak meluahkan perasaan terhadap sahabat yang lain, sahabat yang rapat dengan kita akan dapat merasai yang kita berada dalam kesusahan....ini dari pengalaman saya sendiri lah....selain itu masalah yang diluahkan terhadap kita haruslah disimpan , ini merupakan amanat kita sebagai sahabat "RAHSIA" adalah perkara yang hanya sesetengah orang sahaja boleh mengetahuinya...berpegang lah patah pepatah ' Kerbau berpegang pada talinya, manusia berpegang pada janji' dan 'Biar pecah di perut, jangan pecah di mulut'. Setiap rahsia sahabat kita mestilah dipegang agar sebuah persahabatan itu kekal selamanya....owhh..ya lupa pula..dalam persahabtan haruslah disulam dan disemai dengan sikap kejujuran, ketaatan, kesetiaan, pengorbanan, kebaikan dan sama-sama merasa...itulah sahabat yang sebenarnya...kata orang tua-tua 'teman ketawa senang dicari, teman menangis sukar dicari'.....mencari seorang sahabat bukan lah muda...bukan macam cari barang di kedai...kita tengok yang kita suka ambil....mencari seorang sahabat nie seperti mencari sebutir mutiara di dalam laut....bertahun2 unutk mencarinya...maksudnya juga sama seperti ini..sekiranya kita diberi mutiara palsu dan asli...dan bentuk mutiara tersebut betul-betul sama dan sukar untuk dibezakan....ianya memerlukan pemilihan yang betul dan teliti agar tidak disalah pilih....dan sekiranya kita mencri mutiara didalam laut kita haruslah mempunyai kesabaran yang kuat dan pengetahuan yang tinggi ....dalam ramai-ramai insan adakah semuanya layak menjadi sahabat anda?jawapan dia memang layak, kita tidak dilarang berkawan seramai mana yang kita mahu..tapi kita mesti bijak dan jangan sampai tersalah pilih....sebagai contoh sekiranya kita tersalah pilih...mungkin kita mudah terpengaruh...dan muda melakukan pekara yang tidak baik, selain itu ia memakan diri sendiri..oleh itu kita haruslah sentiasa berhati-hati ketika memilih....namun setiap yang berlaku dalam kehidupan kita semuanya da hikmah kata orang...yang penting kita harus bijak dalam menjalani setiap ujian dan dugaan yang diberi...seperti yang saya katakan 'memilih' bukanlah memilih yang sama bangsa,agama dan kaum..dan kaya atau miskin...TIDAK SAMA SEKALI..maksud saya ialah memilih sahabat itu mestilah seorang yang baik,jujur,hormat-menghormati,dan yang lain...namun kita tahu tiada manusia yang sempurna...tapi dengan adanya sahabat sedemikian kita akan merasai kesempurnaan tersebut....dan sahabat kita itu biarlah berbilang kaum,agama dan bangsa..dan jangan sesekali membezakan kedudukan kita...semua itu tidak penting....contohnya saya. ada sahabat yang beragama islam, dan buddha..dan berbangsa murut.dusun, cina, dan yang lain......hurmm...selain itu...dalam persahabatan juga mustahil tiada pergaduhan kan...saya pun sediri pernah bergaduh dengan sahabat saya sendiri...dan ini semua disebabkan salah faham...hahh!!nie lah yang sentiasa terjadi dalam persahabatan 'salah faham'...memanglah kalau salah faham sudah itu ..mulalah tunjuk belang hehe...bergaduh sana,jeling-jeling, maki,mengumpat lah...hehe...memang tidak lari punya ..mesti jadi macam nie kan...betul kah? tapi syukur kami berbaik semula dan menjadi lebih rapat....bermaaf-maafan adalah amalan yang paling mulia....jangan dilupakan yee...tidak bagus bermusuh lama-lama hehehe...kununlah...^^....dan dalam persahabatan juga penting memahami perangai setiap kawan kita sebab pekara nie amat penting.....hurmmm..mungkin diantara kawan-kawan kita itu panas baran, janganlah pegi cabar-cabar dia....kata orang 'sarang tebuan jangan digolok'....tidak pasal-pasal kna tumbuk..bergaduh lagi..padahal itu salah sendiri...sudah tahu dia panas baran pgi kacau..nahh kotoh...!!hehe....contoh ja..dan kalau kawan kita tu seorang yang kuat main...barulah main dengan dia..tapi kalau kawan-kawan nie...kalau main tu da batas...dan agak2 lah..tapi mcm mna mw agak kan....kalau sudah syok main tu macam-macam ja yang terkeluar..tanpa disengajakan....saya pernah nie macam nie...terbegaduh jugalah..tapi berbaik semula....jadi ringkasnya...Memahami perangai kawan amatlah penting.....^^...!!lagi kadang-kadang da perangai kawan kita yang susah mahu faham....tapi kita haruslah cuba untuk faham..dan sekiranya kita xble untuk memahami dia..cuba untuk berbicang.....kunun...macam sya mw kc kaunseling orang ja hehe...dan menurut pengalaman saya...setiap insan akan berubah sikap, mengikut kematangan seseorang itu....pada mulanya memang sukar untuk difahami sebab bagi kita..ehh..dulu dia tidak macam nie,tapi sekarang lain sudah dia...binggung???tapi kadang-kadang perubahan sahabat yang rapat dengan kita betul-betul dirasaai...dan hal ini amat menyakitkan dan menyedihkan...buka pa lah..tapi bukan c sahabat nie takut akan kehilangan sahabat yang disayangi....tapi kami tahu dia tidak akan melupakan kami..dan mungkin kawan kita memerlukan ruang yang baru..sebab, kematangan dia sudah sampai kali.....tapi seboleh-bolehnya jangan terus bersikap dingin terhadap kawan-kawan kita yang lain..sebab..setiap orang berbeza pendirian dia...tapi saya pecaya dan sentiasa percaya KAMI tetap SAHABAT SEJATI....chewaaahhh!!!^^.....hurmm pa lgi mw cakap arr.....owhnya...sahabat juga merupakan pelangi yang menwarnai kehidupan kita....dan apabila sahabat-sahabat kita semua bersama-sama, enjoy bersama-sama,apy bersama-sama...percayalah...dunia pun kamu tidak ingat...kamu berada pun kamu tidak kisah....waktu pun lagilah tidak disedari....baru saya faham..maksud..'Kegembiraan mengatasi dunia'...hurmmm, da kah ayat macam tu...heh..tidak pasti pula...dan apa yang saya harapkan ialah sebuah persahabatan itu biralah kekal hingga ke akhir hayat...saya tahu waktu,masa, dan tempat yang jauh akan memisahkan sebuah pertemuan..tapi saya tahu setiap pertemuan ..diakhiri dengan perpisahan....pasti saya akan merindui sahabat-sahabat kesayangan saya....seperti yang pernah saya katakan jangan lah kita hilang perhubungan....kalau tukar nombor hp 2...kasi inform2 lah....harap2 FB akan terus digunakan pada masa akan datang....dan saya harap semua kawan-kawan mempunyaai kehidupan yang baik dan cerah..amen....jangan lupakan aku!!!chewaahh..ahaha....bah sampai sinilah kisah saya....sazzzzz...layannnnn.....^_^...

SAHABAT KU YANG DISAYANGI..
<3 Mas
<3 Nanu 
<3 Cda
<3 Momoi
<3 Ver
<3 Mariah
<3 Clo
<3Esther
<3 Arman

P/S Jangan kamu salah sangka nama kamu diatas ataupun dibawa..sebab semuanya saya sayang....take care guyss...pandai-pandai bawa diri nanti kalau sudah sambung study.....im gonna miz u all darlinggg


Thursday, April 7, 2011

- - - - - - >ARAH MENUJU KEMASA DEPAN..!!!!

Hye....blog pa khbr....lma sdh xbuka....skg bru da cerita..mari2 layannn....hurmm..keputusan SPM sudah pun kluar pada 23.3.2011...syukur lulus jgk...kptsan dikira ok..tpi xbrpa puas hti..tpi pa ble wt kn...sudah berlalu nasi sudah menjadi bubur.....sedih jgk lh....huh...nvm lh...malas mw fkir..mcm xtw bersyukur plk sya nie ... memandangkan keputusan sdh keluar skg tiba masanya utk mengatur masa depan....sya nie bercita-cita untuk menjadi seorang guru...sya minat sangat jadi cikgu....dari skol rendah lgi cita-cita sya nie..walaupun kadangkala ada cita-cita yang lain,tapi sya tetap berminat dengan guru...huhu...mw tw knp? sya rasa mcm syok , sya suka mengajar ...tapi sya tahu untuk menjadi seorang guru bukanlah muda sebab orang cakap untuk mejadi seorang guru mestilah mempunyai kesabaran yang tinggi dan kuat..sebab kita mungkin akan berdepan berbagai karenah pelajar...hurmmm..sya tw sebab sya kn pernah jdi student....kdg2 ja sja perangi student yg menyakitkan hati pa lg kalau x dgr cakap....huhu...pa2 pun tiada perkerjaan yang tiada cabaran kn...smua perkerjaan sya rasa da cabaran yang tersendiri....sya harap sangat dapat peluang untuk jadi guru..amen....sementara tunggu  panggilan..sya masuk form6...menyesal dulu time ceramah tidak dengar pasal form6...sebab dulu tidak minat nak masuk...hurmm...xpalah hehe....skol mana yang bgus arr....? pa lg mw ckp arr....hurmm...tpi wlupun pa pun jdi pelajaran amat penting dlm hdup sya sngat2 pting...kejayaan itu akan kugenggam...sya ingin sngat menjadi seorang yang berjaya...sb sya mahu ibu bapa sya gembira n bangga ...sebab smua duit yang dihabiskan berbaloi bgi mereka...impian ibu bapa hanyalah melihat anak2 mereka berjaya n gembira dlm hidup.....melihat orang yang kita sayang gembira...tidak terkata untuk menyatakan perasaan anda hehe...tpi kdg2 sikap ibu bapa membuatkan sya rsa tertekan huhu....mmg lah tiada ibu bapa yg tidak risaukan anak2 mereka...tpi...hurmm...ethlh...xtw pa mw ckp..tpi keluarga adalah segala-galanya..hehe...sayangilah keluarga anda....^_^..